Isnin, 7 Julai 2014

kita

Di bangku itu,
Apa masih ingat kau-aku
bercerita itu ini.

Tentang bahgia jerih kita,
Sumpah kasih sampai tua
Tak erti jemu.

Ribut taufan mendatang,
Setiap satunya disambut kau-aku,
Tika aku menumpang bahu,
Hanya kita,tak siapa duli.

anaknda

Jika kau pergi,
Di tanah orang tunduk selalu
Penuhi ilmu di dada
jangan dilupa asal usulmu.

Kamu yang sirna serjagat raya.
Pulanglah ke tempat besarmu.

Bonda menunggu penuh setia,
mahu melihat anaknda depan mata,
Rindunya pula sudah mulai beban.

Mata tua itu usang.
Tidak pula mahu difahami,
Kau biar patah hati.

Tak duli.