Isnin, 20 Oktober 2014

LELAKI AKU

Ini cerita seorang arjuni.
yang tak bisa lena dari tidurnya.
malamnya tak lagi nikmat
mungkin saja tuhan tak lagi izinkan
dia.

Malamnya terdengar sepi.
kelam,
Tiada bulan bintang jadi penaman.
Sepertinya rintik hujan tahu sesuatu.
Ada rindu yang tersembunyi di balik hati.

Sudah dia kerah sehabis daya,
Percuma.
Rasa itu merebak,
Dia membutuhkan lelakinya.

Dia sudah berlagak kuat
masih saja.
Seketika wajah itu muncul.
Malam ini empangannya mulai pecah
berderau lajunya.

Lelaki itu,
Masih saja di kotak imaginasi.
Dia mahu lena di tempat
yang selalu menghangatkan.
Yang selalu bernada cinta.
Yang selalu memenuhi ruang tangannya.

Bukan,
malam itu dia cuma terlalu rindu.
Percayalah.
Tak seharusnya mimpi ini berbohong.





Isnin, 29 September 2014

SETIAP

Yang dirasakan sekarang
aku berperang dengan jiwa.
Jiwa yang tak pernah merasa puas,
yang tak boleh hadam kata manusia lain.

Bilamana naluri beraja,
Yang dirasakan sekarang aku mahu kamu.
Tentang semua,tidak cuma dari satu sisi.

aku mahu tiap inci yang ada pada dia,
Pada bayangnya juga aku mahu turutkan.
Tiap celanya aku mahu terima.

Aku mahu tiapnya milik aku.
Cuma aku,dia dan izin tuhan.

Khamis, 18 September 2014

SELAMAT ULANGTAHUN CINTA

Buat yang paling aku cinta,
maaf kerna tamakkan kamu.
--
kerana aku manusia.
Tamak.
cumanya hari ini aku terlalu
rindu kamu.
--
untuk hari ini terima kasih
Masih tak jemu buat aku senyum,
kasih,kau tak pernah tewas.
--
Terima kasih untuk kejutan
serta bungkusan tadi,
ya!awak memang berjaya.


*gelak*


Untuk ucapan ulangtahun semalam
terima kasih atas keterujaan kamu untuk aku.


*sampai sekarang masih senyum*



Tahun yang penuh duga,
tahun yang banyak cerita,
terima kasih kerana teguh untuk aku
yang terlalu rapuh.
--
Kamu paling sempurna.
jangan berhenti buat saya ketawa,
jangan berhenti berpegangan berdua,
jangan berhenti cinta saya.


Tuhan,terima kasih

Jumaat, 29 Ogos 2014

GADIS

aku menjadi gadis sendirian berjalan,
aku gadis yang diselimuti najis dunia,
aku perlu jadi gadis gagah tak reti tewas.
--
aku dihiris tajam,
aku dipijak dicaci,
aku sudah terbiasa dibiasa
jujur, aku tak reti membenci.
--
 bila ada yang mahu
-menjaga aku
-memanja aku
-merangkul aku

dan berkata "percayalah aku sedang selamatkan kamu dari dunia celaka ini"
--

tuhan,
aku mahu hidup dengan dia.
dalam hati.

bila naluri beraja
aku rasa bertapa babinya membiarkan cinta ini hidup .membiarkan dia berada bersama dunia aku .

katanya lagi
"mana wujud sempurna "

perlu tabah,
perlu gagah.

Ahad, 17 Ogos 2014

YANG UTAMA

nama kau betah seiring perjalan hidup aku . dulu aku fikirkan ia secara kebetulan tapi bukan .

kelmarin aku bermimpi "kita" tetapi tiada kata . kita hanya merenung dari jauh.tiada sentuhan . tiada pelukan

"Kau tak rindu aku"?

aku percaya kau pasti cantik,
secantik bonda .
seindah namamu bahagia yang utama . kau bahagia dalam taman tuhan .

kalau ada pada realiti sekarang
pasti senyuman dan mata kecil kita serupa.
mahu sekali rasanya kita berjumpa . aku harap pada tuhan.

bonda-aku selalu bercerita tentang kita
kita pada dunia realiti . kalau kau ada pasti kita berbeza pada perbuatan , bonda bilang kau pasti seorang yang kuat , aku sebaliknya.
hati aku senang bila bercerita tentang kita
Seolah kau ada dekat.

aku cuma mahu bilang kehidupan kita bahagia .
bonda juga kuat melawan dunia ini tanpa kau dulu .
Aku harap kau boleh bawa bonda dalam taman tuhan juga.


        selamat malam kesayngan tuhan . atirah

Isnin, 11 Ogos 2014

#

Aku cemburu mereka mesra.
Sedangkan kita tak pernah.
Aku cemburu mereka dilindungi.

Ayahnda,
Aku tertanya mengapa.
Tapi sampai kini
tiada kata tiada cara.

Ayahnda,
Kau bagai yang asing dalam aku.
Kita hanya berpura pada mata yang melihat.
dusta.

Ayahnda,
hingga detik ini aku masih mahu cari akal
membuat kita sempurna di mata manusia.
Bila bicara tentang ini aku masih tiada kata.

Aku bukan anak yang baik.
Tak pernah sekali membuat kau bahagia 
merasa bangga.
tak pernah.

Ayahnda,
maafkan anakmu,
Aku tetap pilih bonda.

Isnin, 7 Julai 2014

kita

Di bangku itu,
Apa masih ingat kau-aku
bercerita itu ini.

Tentang bahgia jerih kita,
Sumpah kasih sampai tua
Tak erti jemu.

Ribut taufan mendatang,
Setiap satunya disambut kau-aku,
Tika aku menumpang bahu,
Hanya kita,tak siapa duli.

anaknda

Jika kau pergi,
Di tanah orang tunduk selalu
Penuhi ilmu di dada
jangan dilupa asal usulmu.

Kamu yang sirna serjagat raya.
Pulanglah ke tempat besarmu.

Bonda menunggu penuh setia,
mahu melihat anaknda depan mata,
Rindunya pula sudah mulai beban.

Mata tua itu usang.
Tidak pula mahu difahami,
Kau biar patah hati.

Tak duli.