nama kau betah seiring perjalan hidup aku . dulu aku fikirkan ia secara kebetulan tapi bukan .
kelmarin aku bermimpi "kita" tetapi tiada kata . kita hanya merenung dari jauh.tiada sentuhan . tiada pelukan
"Kau tak rindu aku"?
aku percaya kau pasti cantik,
secantik bonda .
seindah namamu bahagia yang utama . kau bahagia dalam taman tuhan .
kalau ada pada realiti sekarang
pasti senyuman dan mata kecil kita serupa.
mahu sekali rasanya kita berjumpa . aku harap pada tuhan.
bonda-aku selalu bercerita tentang kita
kita pada dunia realiti . kalau kau ada pasti kita berbeza pada perbuatan , bonda bilang kau pasti seorang yang kuat , aku sebaliknya.
hati aku senang bila bercerita tentang kita
Seolah kau ada dekat.
aku cuma mahu bilang kehidupan kita bahagia .
bonda juga kuat melawan dunia ini tanpa kau dulu .
Aku harap kau boleh bawa bonda dalam taman tuhan juga.
selamat malam kesayngan tuhan . atirah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan