Khamis, 26 Jun 2014

MAMA

Bonda, andai kau mahu tahu,
aku jerih hingga kadang aku mahu biar 
terbang apa ada depan mata kini.

Biar aku jauh dari manusia celaka.
Jadi diri aku yang baru.
Aku juga punya cita cita tinggi langit
yang mahu aku gapai setiap satunya.

Dalam usia aku kini yang baru 
belajar mendewasakan diri,aku 
mahu keinginan aku dituruti setiapnya
sama seperti sebaya aku yang lain.

Bonda, bukan pula aku ini tidak pernah 
mensyukuri setiap apa yang diberi,
tapi aku ini sudah mula berfikir
hidup ini mengikat dan mengurung.

Bonda, aku ini kuat kerana kau bersama
harungi tiap yang datang.


HADIAH DARI CINTA

13jun 2014
------------------------------------------------
Haritu seperti biasa tak ada apa yang beza, cerita tentang itu ini, tentang moment dia-aku keluar beberapa hari yang lalu. Cuba bagitahu diri yang lagi satu, yang aku ini teringat ingat buku yang pernah dia-aku lihat tempoh hari,sampai tidur malam pun aku ingatkan buku tu.rasa rugi kat diri sendiri dah datang

     Argghhhh...

Jawapannya meghampakan aku.hati dah terasa buat kali 385 juta.Aku terasa habis.Sampai sampai pesanan teks yang aku hantarkan pada dia juga terlalu ringkas.Sedih.

"Ok lah aku kena pergi, ada hal. Nanti aku dah balik aku khabarkan. aku sekadar mengiyakan saja.

   Sedih.


------45minit selepas itu(mungkin)------

"Aku dah balik".selagi lagi aku mengiyakan saja.
katanya dia mahu jumpa aku dirumah sebentar, aku menolak.
Akhirnya lepas aku tewas bagi alasan aku beralah tunggu dia dirumah.

5minit lepas dia datang dengan tangan dibelakang.Menyuruh aku tutup mata.

    Apa hal?

Aku patuh lagi, tidak pula aku menutup mata..hanya memandang kearah lain.

   "Bukalah".

Kau tahu apa? BUKU itu dia dapatkan untuk aku, katanya pada aku tadi mahu pergi sebentar hanya kerana buku itu , mahu dia dapatkan untuk aku, mahu lihat aku senyum bahagia, mahu penuhi.

  Ya tuhan, aku ini sudah salah anggap padanya.Tak henti henti aku berterima kasih padanya.

    Dia hanya tersenyum.

MASA LALU

Kemungkinan hilang itu tinggi,
Cara terbaik,simpan online.
Ini bukan untuk kamu tapi aku.

Ini masa bosan aku,Zaman sekolah dari tingkatan 3.
Selalu aku bawa masa nak belajar, masa tamat ujian juga.Di rumah hanya dengan ini boleh buat aku sampai tidur.

Waktu di rumah tiada siapa mahu pinjamkan telinga, mahu aku bercerita mengenai itu ini. TIADA.
Yang ada hanya buku ini yang kelihatan apa pada kamu?Mungkin betul yang kamu fikir.Kenapa buku sekolah? Sebab zaman tu zaman aku sekolah guna apa yang ada. Senangkan?

Segala yang aku kemaskini dalam blog ini juga bukan untuk tatapan kamu cuma dengan ini aku boleh lupakan masa dulu.Tak pula aku suruh fahami bahasa aku,memang tungangg langgang.

Rabu, 25 Jun 2014

TERAKHIR

Jika malam ini senyumanku yang terakhir,
izinkan hari aku memandang setiap apa yang ada
dalam dalam.

  Setiap satunya.

2012

Hari yang aku lalui hanya di isi penuh kesialan dan celaka.Manusia di sekeliling aku hanya juga waktu itu hanya mahu jatuh tersungkur membuat ini tiada satu pun bahagia melainkan aku bersama manusia kejam itu.

--

Manusia ITU mahu menciptakan hidup aku hanya bergantung padanya sahaja.Pada bonda dan sahabat aku lupa.Aku menolak setiap satunya.Membuat mereka merintih pada aku yang manusia ITU hanya mahu merusak masa remaja aku.

--

Mereka cuma mahu aku tahu diri, sedar aku ini bukan dunia yang dulu.
Tahu ini bukan diri aku yang dulu.Sampai sampai manusia yang aku anggap hidup aku juga hilang entah mana dan pada bonda juga.Yang hanya pada akal tidak melepasi kewarasan aku itu cuma manusia kejam ITU aku mahu hidup.

--

Pada RAMADHAN juga semua menjadi gelap pada aku.Bulan itu aku penuhinya dengan sia sia.Hanya pada manusia kejam ITU.Hidup aku hampir berubah.Mendekat pada jurang kemusnahan.

--

Tapi tuhan masih membela pada aku.Semuanya berubah, manusia yang aku nanti itu membuat setiap satunya berubah menjadi aku yang dulu.Menjadi anak yang taat pada bonda.Kelakuan yang dulu pada aku dipuji kini mengalir kembali.Tuhan masih pada aku.

--

Terima kasih tuhan

12OCT 2012

Dada malam yang hitam pekat itu ditatap,saujana mata memandang.
Tiada suatu apa pun yang menarik pandangannya.Malam itu suram.


Usai dia membersihkan diri, dia terus merebahkan diri diatas katilnya.Seharian dia sibuk membuat tugasannya, kepenatan itu membuatkan dia memilih untuk tidur awal saja malam ini.

     Pejam.

Seketika wajah itu muncul, lagi dipejamkan mata lagi galak bayangan itu.Susuk tubuhnya yang jelas, senyuman yang pernah membalas renungannya dulu .memang benar dia memang tidak pernah berusaha memadamkan ingatannya pada lelaki itu.

  "Aku rindu".

DISKRIMINASI

manusia itu diskriminasi atau apa pada dia.
--
Dia tak pernah memuntahkan
ketidakpuasan isi hatinya.
--
Sekadar berkecamuk berdesir di minda
dan akhirnya redha sedang jiwanya memberontak.

KONFES

Celaka lah engkau.
permata sudah ada, kau masih buta.

kalau kau hanya dambakan kesempurnaan,
bala lah yang menghampiri.

sial apa malam ini yang aku jumpa
manusia sampah itu tak pernah celik hatinya.

DIA-AKU

Malam ini hanya bicara soal masa depan.
masa tua yang di isi kasih tak pernah berubah itu
buat leka aku di dunia nyata.

Tuhan, aku ini manusia yang mahu tempuh
bahagia duka dengannya nanti.

CUMA

Impian kita cuma satu,
--
Lagi lama kau kenal aku,
Kau akan nampak jalannya yang penuh liku
--
Kau mahu teruskan atau pergi?
sama ada mahu perbaiki atau biar sama sama terkapai.
--
Cuma satu aku pesan, kau tak akan dapat yang sempurna
kerna itu milik tuhan.

JIWA

Aku ini bukan pemarah,
hati yang mudah rapuh ini yang selalu
membuat setiap satunya celaka.

Aku juga tidak mahu kamu fahami jiwa ini,
cukuplah ada sabar melayan aku tidak kenal jemu.

DIA


Aku terlalu terlena,
kau tak akan ada selalu.

Beri aku waktu, aku buntu cari jawapan
bukannya aku tak mahu ditinggalkan seperti dahulu,

Tapi aku sudah dibiasa untuk berada bersama kamu,
aku yang diajar memegang tangan itu erat

Selasa, 24 Jun 2014

WAKTU

Berhentilah tika mana aku mahu,

Biar terhenti di moment dia-aku,
dan itu membahagiakan berjuta hari hari aku

PERTAMA

Ok, aku setuju buat blog selepas aku gaduh

dengan diri sendiri pasal blog.ROH tak habis habis soal ini untuk apa? untuk siapa?tapi akhirnya aku jadi tewas.

Dan aku memang tak ada idea tentang ini, tapi sebelumnya aku ada wujudkan satu blog juga.itu masa 4tahun lepas, kata kunci segala dah berkubur.

aku ini tak ada yang menarik untuk aku kongsi, cuma aku punya 3orang manusia yang aku sayang dan cinta.

sekian.