Khamis, 26 Jun 2014

HADIAH DARI CINTA

13jun 2014
------------------------------------------------
Haritu seperti biasa tak ada apa yang beza, cerita tentang itu ini, tentang moment dia-aku keluar beberapa hari yang lalu. Cuba bagitahu diri yang lagi satu, yang aku ini teringat ingat buku yang pernah dia-aku lihat tempoh hari,sampai tidur malam pun aku ingatkan buku tu.rasa rugi kat diri sendiri dah datang

     Argghhhh...

Jawapannya meghampakan aku.hati dah terasa buat kali 385 juta.Aku terasa habis.Sampai sampai pesanan teks yang aku hantarkan pada dia juga terlalu ringkas.Sedih.

"Ok lah aku kena pergi, ada hal. Nanti aku dah balik aku khabarkan. aku sekadar mengiyakan saja.

   Sedih.


------45minit selepas itu(mungkin)------

"Aku dah balik".selagi lagi aku mengiyakan saja.
katanya dia mahu jumpa aku dirumah sebentar, aku menolak.
Akhirnya lepas aku tewas bagi alasan aku beralah tunggu dia dirumah.

5minit lepas dia datang dengan tangan dibelakang.Menyuruh aku tutup mata.

    Apa hal?

Aku patuh lagi, tidak pula aku menutup mata..hanya memandang kearah lain.

   "Bukalah".

Kau tahu apa? BUKU itu dia dapatkan untuk aku, katanya pada aku tadi mahu pergi sebentar hanya kerana buku itu , mahu dia dapatkan untuk aku, mahu lihat aku senyum bahagia, mahu penuhi.

  Ya tuhan, aku ini sudah salah anggap padanya.Tak henti henti aku berterima kasih padanya.

    Dia hanya tersenyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan