Khamis, 26 Jun 2014

MAMA

Bonda, andai kau mahu tahu,
aku jerih hingga kadang aku mahu biar 
terbang apa ada depan mata kini.

Biar aku jauh dari manusia celaka.
Jadi diri aku yang baru.
Aku juga punya cita cita tinggi langit
yang mahu aku gapai setiap satunya.

Dalam usia aku kini yang baru 
belajar mendewasakan diri,aku 
mahu keinginan aku dituruti setiapnya
sama seperti sebaya aku yang lain.

Bonda, bukan pula aku ini tidak pernah 
mensyukuri setiap apa yang diberi,
tapi aku ini sudah mula berfikir
hidup ini mengikat dan mengurung.

Bonda, aku ini kuat kerana kau bersama
harungi tiap yang datang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan